Wednesday, December 21, 2011

Laman Ustazah Nik: Akhlak Tahun 4 ( ADAB BERJIRAN )

Laman Ustazah Nik: Akhlak Tahun 4 ( ADAB BERJIRAN ): AKHLAK DARJAH 4   *ADAB BERJIRAN* PENGERTIAN BERJIRAN Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kana...

Akhlak Tahun 4 ( ADAB BERJIRAN )


AKHLAK DARJAH 4  
*ADAB BERJIRAN*

PENGERTIAN BERJIRAN
Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan, di tingkat atas, di tingkat bawah hingga 40 buah rumah di setiap penjuru.

DALIL
                                       
 Sabda Rasulullah SAW :

         مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ باِللهِ وَالْيَوْمَ الآخِر َِفلْيُكِْرمْ جَارَهُ
    (متفق عليه )
      Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.”



HIKMAT MEMELIHARA ADAB BERJIRAN
1.   Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian.
2.   Kehidupan bermasyarakat diberkati oleh Allah.
3.   Dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti.
   4.   Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan.
   5.    Kemungkaran dapat dibasmi dengan lebih mudah dan cepat.








IMPLIKASI TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN
1.   Kehidupan tidak tenang.
2.   Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
3.   Terpinggir daripada masyarakat.
4.   Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
5.   Negara akan menjadi mundur dan kucar kacir.

PENGHAYATAN

1.   Menghormati jiran dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu.
2.   Mengambil berat dan bertegur sapa dengan jiran.
3.   Memberikan sumbangan baik kepada jiran.
4.   Mempunyai semangat rela berkorban dan perihatin terhadap jiran.


    5.   Hak-hak jiran ke atas kita
Dipetik daripada "Bimbingan Mukminin" Imam Al-Ghazali.


1
. Mula memberi salam kepadanya.
2. Tidak terlalu banyak bertanya tentang hal – ehwalnya.
3. Menziarahi apabila ia sakit dan melawatinya apabila ia meninggal dunia.
4. Turut merasakan kesusahan apabila ia sedih dan menunjukkan rasa gembira apabila ia bergembira.
5. Sama-sama menyertai jiran ketika ia dalam kesusahan dan kegenmbiraan.
6. Memaafkan segala kesalahan dan kekhilafannya.





Thursday, December 8, 2011

MUTIARA KATA BUAT ADIK2 YG USTAZAH NIK KASIHI SEMUA


QALBU (HATI) BAGAIKAN PANGLIMA

Rasulullah saw bersabda :
"Ingatlah di dalam jasad itu ada segumpal daging, jika baik daging tersebut maka baiklah seluruh jasad dan apabila rosak maka rosaklah seluruh jasad, ingatlah ia adalah qolbu (hati)"
Oleh itu adik2, untuk menjadi seorang anak yg soleh dan solehah hendaklah kita menjaga hati kita jangan nodainya dengan bnyak melakukan dosa.

Kerana setiap tgkah laku dan tindakan tletak pda permulaan hati yg berbicara. Hati yang bersih  bersemayam di dalam jasad orang yang mentaati  Allah swt dan rasul-Nya.

Saturday, November 26, 2011

WARKAH CINTA UNTUK ADIK-ADIKKU


                                   السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 
                                           
Apa khabar adik-adik ustazah Nik semua?
Ustazah Nik harap adik2 semua brada dlam sht wlafiat dibwah payung Rahmat Allah. Amiin..

Adik-adik yang Ustazah Nik sayangi sekalian,
Disini ustazah ingin brkongsi sedikit ilmu bersama adik2 sbagai memantapkan lg tarbiah dan  melengkapkan khidupan sharian adik2 dgn iman.


Mutiara kata untuk Adik2;
Adik-adikku sayang,
Peliharalah diri kalian dari sifat-sifat yang dibenci Allah dan Rasul-Nya, Jagalah hati dan perasaan mak dan ayah..Jadilah anak yang soleh dan belajarlah brsungguh-sungguh sehingga berjaya taw...
  

Saturday, November 19, 2011

MaWaRHaRuM: Jom adik2 kita blaja solat sbagai sorg muslim adi...

MaWaRHaRuM:
Jom adik2 kita blaja solat
sbagai sorg muslim adi...
: Jom adik2 kita blaja solat sbagai sorg muslim adik2 wajib tnaikan solat 5 waktu sehari semalam.. untuk menjadi seorg anak yg soleh adik...


Jom adik2 kita blaja solat

sebagai sorg muslim adik2 wajib

 tnaikan solat 5 waktu sehari semalam..
untuk menjadi seorg anak yg soleh adik2 
x bleh tgalkan solat taw..
ingat tu...
selamat beramal...

Thursday, November 17, 2011

salam diberi wat sume blogger..saya Nik Nasuha brumur 21 thun dan sekrg study kat Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor dalam jurusan Dip Perguruan Pendidikan Islam.skrg saya sdg menjalnkan 1 tugas yg wajib saya laksanakan  untuk subjek Teknologi Pendidikan 2 iaitu myediakan laman blog yg berpandukan subjek yg tlah saya plajari iaitu subjek yg brkaitan pendidikan islam...
YA ALLAH YA TUHAN KAMI BERILAH KAMI PENYULUH JALAN YG TERANG BAGI KAMI MENEMPUHI JALAN YG BERLIKU..
 DPT MENYUSURI HIDUP INI YA ALLAH BERILAH KU KEKUATAN UTK MENEMPUHI DUGAAN YG MENCABAR INI...