Wednesday, December 21, 2011

Akhlak Tahun 4 ( ADAB BERJIRAN )


AKHLAK DARJAH 4  
*ADAB BERJIRAN*

PENGERTIAN BERJIRAN
Jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan, di tingkat atas, di tingkat bawah hingga 40 buah rumah di setiap penjuru.

DALIL
                                       
 Sabda Rasulullah SAW :

         مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ باِللهِ وَالْيَوْمَ الآخِر َِفلْيُكِْرمْ جَارَهُ
    (متفق عليه )
      Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah ia memuliakan jirannya.”



HIKMAT MEMELIHARA ADAB BERJIRAN
1.   Kehidupan dipenuhi kedamaian dan keharmonian.
2.   Kehidupan bermasyarakat diberkati oleh Allah.
3.   Dapat bersatu ke arah kemajuan dan kehidupan lebih berkualiti.
   4.   Sentiasa berasa selesa dan mendapat pembelaan.
   5.    Kemungkaran dapat dibasmi dengan lebih mudah dan cepat.








IMPLIKASI TIDAK BERADAB KEPADA JIRAN
1.   Kehidupan tidak tenang.
2.   Menjejaskan keharmonian hidup bermasyarakat.
3.   Terpinggir daripada masyarakat.
4.   Sukar mendapat pertolongan ketika dalam kesusahan.
5.   Negara akan menjadi mundur dan kucar kacir.

PENGHAYATAN

1.   Menghormati jiran dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu.
2.   Mengambil berat dan bertegur sapa dengan jiran.
3.   Memberikan sumbangan baik kepada jiran.
4.   Mempunyai semangat rela berkorban dan perihatin terhadap jiran.


    5.   Hak-hak jiran ke atas kita
Dipetik daripada "Bimbingan Mukminin" Imam Al-Ghazali.


1
. Mula memberi salam kepadanya.
2. Tidak terlalu banyak bertanya tentang hal – ehwalnya.
3. Menziarahi apabila ia sakit dan melawatinya apabila ia meninggal dunia.
4. Turut merasakan kesusahan apabila ia sedih dan menunjukkan rasa gembira apabila ia bergembira.
5. Sama-sama menyertai jiran ketika ia dalam kesusahan dan kegenmbiraan.
6. Memaafkan segala kesalahan dan kekhilafannya.





2 comments:

  1. ustazah Nik...
    kalau jiran kita tu kafir atau selalu buat jahat ngan kita kan,,
    kita kena hormat jugak ke...

    ReplyDelete
  2. okay, penggunaan warna y sesuai, tulisan juga mudah untuk di baca oleh pembaca. good job! :)

    ReplyDelete